Sunday, February 14, 2010

Cari Orkid lagi..

Kelmarin, aku berlepas ke Sik untuk mencari orkid lagi. Eh! orked ker anggerek?? apa-apa ajelah... Cuma anggerek bagi aku, bunyinya lebih dekat dengan alam melayu dan panorama alam yang melatari orkid-orkid dalam blog ni. Itu saja. Aktiviti ni memang tak dirancang juga, cuma secara kebetulan waktu melawat kawasan (macam YB la pulak..)aku terjumpa lokasi balak yang tak jauh dari jalan raya. Musim-musim kering ni memang ngam la kalau nak cari orkid sebab jalan balak biasanya kering dan kurang becak. Seorang jejaka yang aku jumpa di tempat balak tu cakap, kalau nak masuk dipersilakan saja, lagi pun para pekerja telah mulai bercuti sempena Raya Cina. OOO.. best sungguh, rasanya.

Aku pun hubungi sorang kawan, dan merancang untuk aktiviti kami. Kawasan balak tu kalau ikut lesen yang tergantung di tempat pengumpulan balak tu sekitar 180 hektar..hmm.. luas juga. Tapi potensi orkid belum tau, lagi pun aku takut juga kalau-kalau tempat tu nanti bahaya untuk pemandu ala-ala amatur macam aku ni.

Tempat tu sebetulnya terletak kira-kira 3 kilometer dari Lata Mengkuang. Sampai aje kat tempat tu pada pagi hari yang dijanjikan, memang tak ada sorang manusia pun sebab Cuti Raya Cina. Cuma yang ada hanyalah longgokan balak-balak yang siap untuk diangkut serta jentera-jentera yang digunakan. Tanpa bertangguh, aku dengan sorang lagi kawan, terus mudik melalui jalan balak yang berbelok-belok dan berbukit-bukit lagi berbonggol-bonggol bagi mencari lokasi yang sesuai tempat yang boleh kami agak terdapat orkid. Jalan balak tu memang seperti yang aku agak, kering dan mudah aja aku bawa keta. Kawan aku yang sorang lagi naik motor dan dia jalan dulu.

Tak sampai pun 10 minit motor dia tetiba aja berhenti dan sebentar kemudian aku pun sampai.. wah!! aku nampak ekor aja seekor ular yang telah melintas jalan balak kami. Walau cuma ekor yang aku nampak, memang jenis besar ular ni, sebab ekor dia yang sekaki terakhir tu pun sebesar betis aku ni. Corak warna ekor dia hitam dan berbunga kuning. Kawan aku pala cakap, dia pun tak tau ular apa tapi corak dia memang cantik sangat. Waktu dia sampai ular tu masih melintas dan sepanjang kira-kira 2 depa dewasa. Huiii..

Lepas bab ular tu kami pun meneruskan perjalanan dan tak lama lepas tu, jumpa pula 2 brader sedang mencari buah genuak (kerdas) hutan. Berpandu dengan mereka kami berpusing balik sebab kawasan aliran air yang kami cari berada di jalan lain.

Jalan punya jalan, akhirnya terjumpalah kami lokasi yang sesuai. Waktu tu jam dah pukul sekitar 11 pagi kot, sebab panas terik sungguh. Aku pun parking kereta dan tukar kasut, ambil parang dan keluar meninjau orkid.

Diantara timbunan balak yang telah ditebang, aku menjumpai satu clump Eria javanica yang agak besar dan masih hijau bersama dengan satu spesis yang mata aku nampak seperti Pomatoculpa sp. Hmm.. jauh benar dari telahan aku yang memungkinkan aku menjumpai banyak spesis-spesis menarik disini. Kawan aku pergi meninjau jalan lain dan akhirnya kami bertemu setengah jam kemudian. Dia pun sama juga, tak dapat pun orkid-orkid yang menarik.

Kami teruskan mencari dengan menunggang motor dan berhenti lagi di lokasi lain. Kami berpecah dan aku teruskan mencari diantara puing-puing balak yang ditebang disana sini. Panas tengahari semakin membahang dan aku semakin kerap meneguk bekalan air yang aku bawa. Air botol kecik la pulak.. sebab aku tak jangka sungguh letih dan panas macam ni.. Memanjat, membongkok dan meniti ditengah terik matahari memang kerja yang meletihkan. Batang-batang balak yang ditebang dan dilonggok ditepi jalan biasanya tak begitu stabil dan mungkin bolah bergolek bila-bila masa saja andai nasib tak menyebelahi badan.

Penat lelah aku berhasil juga akhirnya, bila terjumpa satu clump Maleola sp yang agak besar. Malas aku nak kaji lama-lama, ditengah panas ni, aku terus capai parang dan terus aku menyelamatkan orkid ni masuk ke dalam karung guni yang aku bawa. Air didalam botol yang aku bawa semakin sedikit kerana kekerapan aku meneguknya. Demi keadaan yang semakin mendesak, aku pun meneguk juga air dari aliran kecil dalam kawasan tu. Airnya masih ori, cuma sedikit keruh sahaja, semestinya kerana gangguan aktiviti balak yang berlaku disitu. Rasa airnya pun masih ok lagi... hantam sajalaaah.

Beberapa lokasi seterusnya aku jumpa lagi sp Maleola atau Cleisostema termasuk beberapa sp Chroniochilus veriscen dan Ascochilopsis myosurus. Memang tiada orkid-orkid yang best dikawasan ni kecuali yang biasa-biasa saja. Kawan aku pun sama juga, dan dia dapat satu sp Cologyne, Dendrobium panduriferum dan Denrobium lamellatum.
Keadaan ini sedikit mengecewakan kami, tapi sebagai pencari orkid, ini adalah perkara biasa terjadi. Penat-lelah yang terbuang tak semestinya berbayar dengan pulangan yang berbaloi. Ini kami dah cukup faham dan menerima hasil yang kami dapat pada hari itu.

Akhirnya, kami berhenti rehat dan meninggalkan kawasan balak itu dengan selamat kira-kira jam 2 petang. Ok la tuuu.. alhamdulillah