Saturday, February 27, 2010
Thrixpermum sp.
Thrixpermum adalah dari genus orkid yang berbunga kecil dan hampir kesemuanya mekar kurang dari sehari. Ada pelbagai spesis dari genus ini di Malaysia dan boleh didapati di kebanyakkan farmasi yang berdekatan. Ha! ha!! ada pulak dekat farmasi..
Kalau korang rajin berkunjung ke Cameron Highland atau melalui jalan yang melalui kawasan tanah tinggi, spesis ini biasanya dengan mudah dapat dilihat di tepi-tepi jalan. Ditemui pada habitatnya, spesis ini seringkali berada dalam keadaan berbunga. Bunganya seperti mempunyai 5 jari yang kurus-kurus dan menyerupai labah-labah. Dari tanah tinggi yang dingin berkabus hingga ke kawasan perkebunan di tepian kampung atau di pinggiran sungai yang berarus Thrixpermum biasanya bermukim dihujung-hujung ranting pokok yang terdedah pada cahaya matahari.Jika membaca buku-buku atau artikel orkid pula, ia akan dirujuk sebagai 'twig epiphyte" sesuai dengan pokoknya yang kecik dan berbunga comel itu dan keberadaannya yang di hujung-hujung ranting.
Terdapat lebih dari 100 spesis ini diseluruh dunia tapi setakat yang aku baru jumpa kat Malaysia ni tak sampai pun 10 spesis. Diantara spesis-spesis yang mungkin biasa ditemui, sebenarnya terdapat beberapa spesis yang agak istimewa walaupun kecik dan berbunga hanya sehari. Thrixpermum dari jenis ni agak susah dijumpai dan bunganya memang wangi sekali. Sekalipun tak wangi, bunganya mungkin unik seperti yang aku papar dalam posting aku ni.. ada iras seperti orkid tiger tapi kecik.
Bunga ni kawan yang jumpa walau kami mencari orkid dikawasan yang sama. Disebabkan tertarik pada keunikan bunganya, aku pun trade-in dengan bunga orkid aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)